Berita Sukan
Xisco tuntut pemain JDT tampil bertenaga lawan Lion City Sailors
ISKANDAR PUTERI 21 Ogos – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menuntut anak buahnya mempamerkan aksi bertenaga sepanjang 90 minit apabila membuat penampilan sulung dalam Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee menentang Lion City Sailors dari Singapura, malam ini.
Munoz berkata, perlawanan itu penting kerana ia adalah aksi kompetitif antarabangsa pertama buat skuad Harimau Selatan musim ini dan beliau mahu pasukannya membuka langkah kanan dengan mengutip tiga mata penuh.
“Kami mahu mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan domestik dan menterjemahkan momentum itu di pentas antarabangsa. Walaupun kami boleh menurunkan seramai mana pemain import, kami tidak boleh terlalu yakin. Fokus penuh perlu diberikan sepanjang aksi,” katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.
Tambahnya, JDT sudah mengkaji kekuatan serta taktikal pasukan lawan yang merupakan naib juara Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) musim lalu, termasuk corak transisi permainan yang sering digunakan Lion City Sailors.
Selain wakil Singapura itu, JDT turut diundi bersama Bangkok United (Thailand), Nam Dinh (Vietnam), PKR Svay Rieng (Kemboja) dan Shan United (Myanmar).
Munoz yang juga jurulatih kelahiran Sepanyol menegaskan, bermain di laman sendiri adalah kelebihan besar yang perlu dimanfaatkan untuk memastikan misi mengutip tiga mata pertama tercapai sekali gus membuka peluang melangkah lebih jauh dalam kejohanan tersebut.
Mengulas mengenai pemain bintang, Samu Castillejo, Munoz berkata, pemain itu kini sudah menyertai sesi latihan bersama pasukan dan statusnya akan dipantau bagi menentukan kesediaan diturunkan pada perlawanan menentang Lion City Sailors. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
