Berita Sukan
Malaysia tidak rancang anjur semula Formula 1 – Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Malaysia tidak merancang untuk menganjurkan semula kejohanan Formula 1 (F1) berikutan kos penganjuran yang tinggi selain kalendar perlumbaan antarabangsa yang padat.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sebelum sebarang keputusan dibuat, beberapa faktor perlu diperhalusi termasuk kos yuran hak penganjuran, penyediaan fasiliti dan manfaat kepada rakyat.
“Penganjuran F1 di Malaysia setiap tahun akan memerlukan kerajaan membelanjakan kira-kira RM300 juta bagi membayar yuran hak penganjuran kepada Liberty Media selaku pemegang hak komersil F1.
“Secara amnya, kontrak penganjuran perlu ditandatangani bagi tempoh tiga hingga lima tahun dengan jumlah komitmen keseluruhan mencecah sekitar RM1.5 bilion,” katanya ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) mengenai kemungkinan Malaysia menghoskan semula F1.
Menurut Hannah, selain kos yuran hak penganjuran, kerajaan turut perlu menanggung kos penyelenggaraan Litar Antarabangsa Sepang yang menelan kira-kira RM10 juta setahun bagi memastikan fasiliti kekal menepati standard keselamatan dan homologasi Gred 1 yang ditetapkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
“Dari segi manfaat, kos RM300 juta setahun itu sebenarnya boleh digunakan untuk melaksanakan program pembangunan sukan melibatkan 20 jenis sukan dengan penyertaan 363 atlet podium dan 9,834 atlet pembangunan bakat pada kos keseluruhan RM124.1 juta setahun.
“Dengan jumlah yang sama, KBS mampu menampung dua hingga empat tahun penuh pelaksanaan program pembangunan tersebut, sekali gus memberi manfaat yang lebih luas kepada rakyat dan atlet negara,” jelasnya.
Hannah turut menambah, faktor kalendar perlumbaan antarabangsa yang padat menyukarkan Malaysia kembali menyertai penganjuran berprestij itu.
“Negara ini perlu bersaing dengan negara lain bagi mendapatkan tempat. Sebagai contoh, Singapura telah menganjurkan F1 sejak 2008, manakala Thailand dijangka menjadi salah satu destinasi baharu bermula 2028.
“Penganjuran oleh negara jiran di rantau Asia Tenggara ini berpotensi menjejaskan pulangan ekonomi sekiranya Malaysia turut serta,” katanya.
Malaysia kali terakhir menganjurkan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang pada 2017. - Media Telus
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
