Berita Sukan
Munoz anggap kemenangan 3-1 ke atas Lion City Sailors sebagai tonik semangat JDT
ISKANDAR PUTERI 22 Ogos – Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka langkah bergaya dalam saingan Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) selepas menewaskan Lion City Sailors 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis malam.
Kemenangan itu disifatkan sebagai suntikan semangat penting oleh ketua jurulatih, Xesco Munoz, menjelang aksi seterusnya dalam kejohanan berprestij tersebut.
“Kami berjaya menjaringkan dua gol awal pada babak pertama dan mencipta banyak peluang tambahan selepas menguasai 45 minit pertama perlawanan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Munoz mengakui tempo permainan sedikit menurun di babak kedua, namun tetap berpuas hati dengan dominasi yang ditunjukkan skuad Harimau Selatan melalui corak permainan kompak dan transisi tersusun.
“Jika dilihat secara keseluruhan, penguasaan dan peluang menjaringkan gol lebih memihak kepada kami. Lawan pula lebih banyak bertahan dan jarang mengancam benteng pertahanan kami,” ujarnya.
Bagaimanapun, jurulatih dari Sepanyol itu menegur kelekaan barisan pertahanan yang membenarkan pemain gantian Lion City Sailors, Shawal Anuar, meledak gol saguhati pada minit akhir perlawanan.
“Ia kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan. Kadangkala gol tidak dijangka boleh berlaku, tetapi ia menjadi pengajaran berguna untuk kami lebih fokus di bahagian pertahanan pada aksi mendatang,” jelasnya.
Dengan kemenangan ini, JDT kini berada di landasan tepat untuk melangkah lebih jauh dalam saingan ACC sambil memperkukuh reputasi mereka sebagai gergasi bola sepak Asia Tenggara. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
