Berita Berita
'Tiada campur tangan luar' - Pengurusan Tabung Haji kekal 100% bumiputera Muslim - CEO TH
KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan operasi dan pengurusan institusi itu kekal ditadbir urus sepenuhnya oleh pasukan bumiputera Muslim, sekali gus menepis dakwaan wujud campur tangan luar dalam urusan pengurusan haji.
Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, berkata pihaknya kini melaksanakan inisiatif penjenamaan semula bagi memperkukuh peranan sebagai institusi simpanan kewangan Islam yang dipercayai, selain memastikan umat Islam dapat menabung secara konsisten untuk menunaikan ibadat haji.
“Kebelakangan ini TH lebih dikenali kerana perkhidmatan haji, sedangkan kos mengerjakan ibadat itu semakin meningkat tetapi kadar simpanan pendeposit tidak berkembang. Ramai pendeposit tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan haji.
“Bagi menangani masalah ini, TH sedang melaksanakan inisiatif penjenamaan supaya ia menjadi institusi simpanan Islam pilihan umat Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Mustakim, pelaksanaan inisiatif itu memerlukan kepakaran teknikal tertentu, namun aspek pengurusan dan urusan ibadat haji tetap di bawah kendalian penuh pengurusan bumiputera Muslim.
“Pelbagai sokongan teknikal diperlukan untuk penjenamaan yang kompleks ini, dan ia dilaksanakan melalui konsortium yang dibentuk oleh TH. Sejarah Islam juga menunjukkan amalan sebegini tidak bercanggah dengan prinsip,” jelasnya.
Sehubungan itu, TH menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang maklumat tidak sahih yang tular di media sosial. Menurutnya, beberapa video berunsur provokasi dan tuduhan melulu terhadap TH, khususnya berkaitan penjenamaan dan tadbir urus, boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
“TH memandang serius perkara ini dan sedang memantau rapat sebarang hantaran di media sosial yang cuba menghasut masyarakat dengan maklumat tidak benar serta mencemarkan imej institusi,” menurut kenyataan itu.
TH juga mengesahkan laporan polis telah dibuat selain melaporkan isu berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Pihaknya memberi jaminan akan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi melengkapkan siasatan dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan terhadap individu yang menyebarkan fitnah atau hasutan.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 9:07 am
24 anggota PDRM dibuang kerja kerana rasuah sejak 2023
November 27, 2025, 8:44 am
SPRM minta wanita dalam klip video bersama Albert Tei hadir beri keterangan
November 27, 2025, 8:11 am
Mangsa banjir cecah hampir 30,000 orang, Kelantan paling terjejas teruk
November 26, 2025, 9:20 pm
'Kita sudah janji, kita akan laksanakan' - Kerajaan PH antara paling banyak salur bantuan kepada Sabah
November 26, 2025, 6:34 pm
Hujan di Hatyai direkod paling lebat dalam tempoh 300 tahun
November 26, 2025, 4:57 pm
MITI peruntuk RM250 juta galak PMKS guna teknologi pintar, automasi
November 26, 2025, 4:33 pm
Kaunselor motivasi eHati dedah anggota badan didenda RM4,000, menangis rayu hukuman penjara ditepikan
November 26, 2025, 3:16 pm
Wartawan Malaysia meninggal dunia selepas buat liputan mangsa banjir di Hatyai
November 26, 2025, 1:49 pm
Lelaki Nepal didakwa bunuh dua beranak dalam keadaan mengerikan di Juru
November 26, 2025, 1:39 pm
