Berita Berita
'Kita sudah janji, kita akan laksanakan' - Kerajaan PH antara paling banyak salur bantuan kepada Sabah
SANDAKAN 26 Nov – Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) terus menegaskan komitmennya terhadap pembangunan Sabah, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negeri itu sebagai antara penerima manfaat terbesar daripada dasar-dasar semasa.
Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, pelbagai projek dan kemudahan terutamanya pembinaan sekolah giat dilaksanakan di Sabah sepanjang pentadbiran Kerajaan Madani.
"Jadi ibu-ibu yang ada anak, tolong ingat perkara ini. Banyak sekolah dibina (di Sabah) sejak kita memerintah. Nak marah sikit tidak mengapa, nak tegur pun tidak mengapa… saya tidak marah kerana saya faham kadang-kadang (ada) orang (masih) susah.
"Tetapi, jangan kata kita tidak tolong. Ini kerajaan Pakatan Harapan, paling banyak tolong orang Sabah. Sebab itu, saya minta sokongan terhadap kedua-dua calon PH di DUN Elopura, Vivian Wong Shir Yee dan calon kerusi DUN Tanjong Papat, Tang Szu Ching,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Ramah Mesra bersama belia di gelanggang futsal Kampung Sim Sim pada Rabu, yang menghimpunkan anak muda dari DUN Elopura dan Tanjong Papat.
Menurut Anwar yang juga Presiden PKR, mandat yang lebih kukuh kepada PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 penting agar parti itu terus dapat memperjuangkan kebajikan rakyat negeri tersebut.
Beliau turut menegaskan perlunya Sabah mempunyai kerajaan yang stabil, disokong Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab bagi memastikan agenda pembangunan dapat direalisasikan sepenuhnya. Kerjasama rapat antara kedua-dua kerajaan, katanya, adalah kunci utama kesejahteraan rakyat.
Mengulas mengenai tuntutan 40 peratus hasil Sabah, Anwar sekali lagi memberi jaminan bahawa kerajaan komited menyelesaikan perkara tersebut.
"Kita sudah janji, kita akan laksanakan. Ini bukan sekadar cakap-cakap seperti kerajaan sebelum ini, kita akan buat,”katanya.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 9:26 am
Kapal hampir karam di Pulau Perak: 18 selamat, seorang maut
November 27, 2025, 9:07 am
24 anggota PDRM dibuang kerja kerana rasuah sejak 2023
November 27, 2025, 8:44 am
SPRM minta wanita dalam klip video bersama Albert Tei hadir beri keterangan
November 27, 2025, 8:11 am
Mangsa banjir cecah hampir 30,000 orang, Kelantan paling terjejas teruk
November 26, 2025, 6:34 pm
Hujan di Hatyai direkod paling lebat dalam tempoh 300 tahun
November 26, 2025, 4:57 pm
MITI peruntuk RM250 juta galak PMKS guna teknologi pintar, automasi
November 26, 2025, 4:33 pm
Kaunselor motivasi eHati dedah anggota badan didenda RM4,000, menangis rayu hukuman penjara ditepikan
November 26, 2025, 3:16 pm
Wartawan Malaysia meninggal dunia selepas buat liputan mangsa banjir di Hatyai
November 26, 2025, 1:49 pm
