Berita Berita
SPRM minta wanita dalam klip video bersama Albert Tei hadir beri keterangan
KUALA LUMPUR 26 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menumpukan usaha mengesan seorang wanita yang muncul dalam klip video perbualan bersama ahli perniagaan Albert Tei yang tular di media sosial.
Ini bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keterangan wanita tersebut diperlukan segera sebagai sebahagian daripada proses siasatan.
"SPRM kini sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan meminta individu ini dapat hadir ke pejabat SPRM pada 1 Disember ini.
"Selain itu, SPRM juga sudah menghubungi Albert Tei dan meminta individu ini hadir ke Pejabat SPRM pada tarikh yang sama,” katanya.
SPRM turut mengingatkan semua pihak agar tidak membuat spekulasi berhubung kes berkenaan dan menyeru supaya ruang diberikan kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh.
Terdahulu, media melaporkan bahawa SPRM akan menyiasat dakwaan pemberian rasuah oleh ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei kepada Shamsul Iskandar.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata bahawa pihaknya akan memanggil individu yang membuat tohmahan, iaitu Albert Tei, serta pihak yang ditohmah, Shamsul Iskandar, pada masa terdekat.
Semalam, Shamsul Iskandar mengesahkan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan di platform X, beliau berkata terdapat usaha untuk menjatuhkan dirinya dengan perkara yang boleh menjejaskan imej kerajaan Madani.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 9:26 am
Kapal hampir karam di Pulau Perak: 18 selamat, seorang maut
November 27, 2025, 9:07 am
24 anggota PDRM dibuang kerja kerana rasuah sejak 2023
November 27, 2025, 8:11 am
Mangsa banjir cecah hampir 30,000 orang, Kelantan paling terjejas teruk
November 26, 2025, 9:20 pm
'Kita sudah janji, kita akan laksanakan' - Kerajaan PH antara paling banyak salur bantuan kepada Sabah
November 26, 2025, 6:34 pm
Hujan di Hatyai direkod paling lebat dalam tempoh 300 tahun
November 26, 2025, 4:57 pm
MITI peruntuk RM250 juta galak PMKS guna teknologi pintar, automasi
November 26, 2025, 4:33 pm
Kaunselor motivasi eHati dedah anggota badan didenda RM4,000, menangis rayu hukuman penjara ditepikan
November 26, 2025, 3:16 pm
Wartawan Malaysia meninggal dunia selepas buat liputan mangsa banjir di Hatyai
November 26, 2025, 1:49 pm
