TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wartawan Malaysia meninggal dunia selepas buat liputan mangsa banjir di Hatyai

By
|
Kongsi
image

 

 

KANGAR 25 Nov - Seorang wartawan yang baru selesai menjalankan tugasan liputan banjir di Hatyai ditemui meninggal dunia awal pagi ini di Perlis ketika dalam perjalanan pulang.

Allahyarham Mohamad Asri Shafii, 49, ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di Jalan Behor Pulai, di sini, sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut isteri Allahyarham, Norhanani Ahmad, kali terakhir beliau berhubung dengan suaminya adalah menerusi aplikasi WhatsApp apabila arwah menyatakan hasrat untuk segera pulang kerana bimbang keadaan rumah yang dinaiki air.

Katanya, ketika dalam perjalanan, kereta yang dipandu arwah dipercayai terperangkap banjir dan gagal dihidupkan.

“Arwah dikatakan cuba turun dari kereta untuk menolak kenderaan itu tetapi tiba-tiba dia rebah, mungkin akibat serangan jantung dan lemas. Dia juga ada sejarah sakit jantung sebelum ini,” katanya hari ini.

Sebagai rekod, Allahyarham pernah bertugas sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia sebelum menjadi wakil Astro Awani di Perlis.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak. 

+ - reset