Berita Berita
24 anggota PDRM dibuang kerja kerana rasuah sejak 2023
KUALA LUMPUR 27 Nov – Usaha memperkukuh integriti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus dipertingkat apabila 24 anggotanya telah dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan rasuah dari Januari 2023 hingga Oktober 2025, menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata, tindakan tegas itu melibatkan lapan anggota pada 2023, empat pada 2024 dan 12 pada tahun ini, selaras dengan komitmen kerajaan terhadap dasar sifar rasuah.
"Bagi 2025, sebanyak 41 pegawai polis menerima sijil pengiktirafan tolak rasuah sempena Hari Integriti PDRM Tahun 2025 yang telah diadakan pada 12 Nov 2025.
"Maknanya dalam persepsi rakyat yang menyebut bahawa amalan rasuah pada anggota PDRM, sebenarnya ramai dalam kalangan anggota PDRM yang mempunyai tahap integriti yang baik, berdisiplin dan memang layak diberi pengiktirafan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat hari ini.
Shamsul Anuar berkata, bagi membanteras risiko rasuah dalam PDRM, kerajaan telah membangunkan sistem pencegahan rasuah khusus untuk mengesan, mencegah dan memantau risiko di semua jabatan serta peringkat.
"Sebanyak 43 risiko rasuah dikenal pasti melalui CRM (Pengurusan Risiko Rasuah) dan CRA (Penilaian Risiko Rasuah), 170 kawalan tambahan yang dikenal pasti akan menjadi pelan tindakan di bawah sistem pencegahan rasuah PDRM,"katanya.
Mengulas mengenai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), beliau memaklumkan agensi itu kini mengendalikan 22 pintu masuk negara dengan 6,218 perjawatan yang dipindahkan daripada enam agensi bagi menyatukan fungsi operasi sempadan di bawah satu pentadbiran.
Agensi yang terlibat dalam pemindahan perjawatan itu ialah Jabatan Imigresen (4,414 perjawatan), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (113), Jabatan Pengangkutan Jalan (78), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) (19), Kementerian Kesihatan (424) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (1,053).
Sementara itu, berhubung kebenaran membawa senjata api dalam penugasan anggota RELA, beliau menjelaskan bahawa tiada keperluan meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Senjata 1960.
Justeru, anggota RELA tidak dibenarkan menggunakan senjata api bagi sebarang tujuan termasuk membasmi musuh tanaman.
Bagaimanapun, katanya, sebarang keperluan RELA untuk membantu operasi sedemikian perlu dibuat melalui permohonan kepada Perhilitan dan PDRM serta tertakluk kepada peruntukan akta sedia ada.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM21.18 bilionbagi KDN dalam Belanjawan 2026, dengan majoriti undian bersetuju selepas dibahas oleh 24 Ahli Parlimen.
l
Berita berkaitan
November 27, 2025, 9:26 am
Kapal hampir karam di Pulau Perak: 18 selamat, seorang maut
November 27, 2025, 8:44 am
SPRM minta wanita dalam klip video bersama Albert Tei hadir beri keterangan
November 27, 2025, 8:11 am
Mangsa banjir cecah hampir 30,000 orang, Kelantan paling terjejas teruk
November 26, 2025, 9:20 pm
'Kita sudah janji, kita akan laksanakan' - Kerajaan PH antara paling banyak salur bantuan kepada Sabah
November 26, 2025, 6:34 pm
Hujan di Hatyai direkod paling lebat dalam tempoh 300 tahun
November 26, 2025, 4:57 pm
MITI peruntuk RM250 juta galak PMKS guna teknologi pintar, automasi
November 26, 2025, 4:33 pm
Kaunselor motivasi eHati dedah anggota badan didenda RM4,000, menangis rayu hukuman penjara ditepikan
November 26, 2025, 3:16 pm
Wartawan Malaysia meninggal dunia selepas buat liputan mangsa banjir di Hatyai
November 26, 2025, 1:49 pm
