Berita Berita
UPUOnline kini dinaiktaraf, pemohon boleh pilih kursus ada peluang kerjaya tinggi

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sistem permohonan UPUOnline kini dinaik taraf dengan ciri baharu yang membolehkan bakal mahasiswa memilih kursus berasaskan tahap kebolehpasaran tinggi di pasaran kerja.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, usaha itu diharap dapat membantu pelajar membuat pilihan lebih tepat dan mempunyai prospek masa depan.
“Kementerian sedar mengenai isu kebolehpasaran yang terus membelenggu graduan hari ini. Di peringkat UPUOnline, sistem sudah dinaik taraf bagi membolehkan pelajar memilih mana-mana kursus yang kebolehpasarannya tinggi.
“Jadi kita harap mahasiswa akan memilih kursus yang ada masa depannya,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga menubuhkan jawatankuasa panel khusus bagi meneliti tahap kebolehpasaran kursus ditawarkan di universiti awam (UA).
Panel tersebut melibatkan pelbagai agensi termasuk TalentCorp, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancangan Ekonomi, PERKESO, MIDA, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), MDEC dan badan profesional lain.
Mustapha berkata, peranan Majlis Penasihat Industri-Universiti (IAP) turut diperkuat bagi memastikan program akademik di UA kekal relevan serta memenuhi keperluan industri.
Antara usaha yang digerakkan ialah kerjasama dengan sektor industri melalui pelbagai inisiatif seperti CEO@Faculty, CEO@PolyCC, Industry on Campus (IOC), On Job Training (OJT), Industry Education Centre, Industry@University dan Structured Internship Programme (SIP) bagi meningkatkan kemahiran graduan.
Selain itu, beberapa memorandum persefahaman (MoU) juga telah dimeterai antara UA dengan pihak industri dan syarikat antarabangsa termasuk Intel, Infineon, NVIDIA Corporation, Huawei, SKYGlobal Apprenticeship Programme serta Turkish Aerospace Industries di Ankara, Turkiye.
Berita berkaitan
August 25, 2025, 9:05 pm
Dihalang ke luar negara, mahkamah benarkan suri rumah saman Ketua Pengarah Imigresen, kerajaan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:26 pm
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco
August 25, 2025, 5:14 pm
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 5:00 pm
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad
August 25, 2025, 4:46 pm