Berita Berita
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco

JOHOR BAHRU 25 Ogos – Kerajaan Johor mengesahkan gempa bumi lemah yang berlaku di daerah Segamat pada Ahad tidak menjejaskan infrastruktur awam termasuk jambatan, jejantas dan empangan.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata perkara itu disahkan hasil pemantauan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
“Dalam radius lima kilometer dari pusat gegaran, sebanyak 47 jambatan jalan negeri, 14 jambatan jalan Persekutuan dan 10 jejantas didapati terkawal serta stabil. Empangan Bekok, Empangan Sembrong dan Empangan Macap juga berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut memberi jaminan pemeriksaan berterusan akan dilakukan oleh JKR dan JPS Johor, dengan sebarang perkembangan hanya disalurkan melalui agensi rasmi kerajaan bagi mengelakkan spekulasi.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gegaran bermagnitud 4.1 berlaku di Segamat pada jam 6.13 pagi Ahad, disusuli gegaran kedua bermagnitud 2.8 di Yong Peng. - Media Telus
Berita berkaitan
August 25, 2025, 9:05 pm
Dihalang ke luar negara, mahkamah benarkan suri rumah saman Ketua Pengarah Imigresen, kerajaan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:14 pm
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 5:00 pm
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad
August 25, 2025, 4:46 pm
Mydin terus komited bantu rakyat, sasar 200,000 Kotak Sara Rahmah untuk golongan memerlukan
August 25, 2025, 4:18 pm