Berita Berita
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Kerajaan masih belum memuktamadkan kriteria bagi subsidi bersasar RON95, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Hal ini kerana penggunaan petrol RON95 lebih meluas dalam kalangan orang biasa untuk kegunaan harian, berbeza dengan diesel.
“Perdana Menteri telah menjelaskan kerajaan kini mengkaji opsyen supaya sekurang-kurangnya 90% atau lebih rakyat tidak terjejas ketika pelaksanaan subsidi bersasar RON95,” jelasnya menjawab soalan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Dr. Wee Ka Siong, di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, Wee menzahirkan kebimbangan mengenai kategori baru T15, yang dilaporkan tidak lagi layak menerima subsidi. Bagaimanapun, tiada penjelasan rasmi diberikan mengenai definisi, klasifikasi atau mekanisme rayuan bagi terkesan.
Amir menjelaskan kerajaan kini dalam fasa akhir memperhalus pelan ini, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Pelan cadangan termasuk menggunakan MyKad, e-dompet dan aplikasi syarikat minyak — semua untuk memudahkan rakyat mengakses subsidi secara lebih efisien dan selamat.
Seandainya layak, pengguna hanya perlu masukkan MyKad ke terminal khas yang disambung ke pangkalan data kerajaan – harga RON95 subsidi akan dikenakan (RM1.99/L), manakala yang tidak layak perlu bayar harga pasaran.
Kerajaan mensasarkan pengumuman penuh mengenai pelaksanaan subsidi bersasar RON95 selewat-lewatnya akhir September 2025, satu langkah ke arah menggantikan dasar subsidi pukal yang membebankan kewangan negara. - Media Telus
Berita berkaitan
August 25, 2025, 9:05 pm
Dihalang ke luar negara, mahkamah benarkan suri rumah saman Ketua Pengarah Imigresen, kerajaan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:26 pm
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco
August 25, 2025, 5:14 pm
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 4:46 pm
Mydin terus komited bantu rakyat, sasar 200,000 Kotak Sara Rahmah untuk golongan memerlukan
August 25, 2025, 4:18 pm