Berita Berita
Petugas KKM hamil layak pulang kerja awal sejak 22 minggu kandungan, menteri arah ketua jabatan patuh arahan

PUTRAJAYA 25 Ogos - Kementerian Kesihatan menegaskan semua fasiliti kesihatan wajib mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017 yang membenarkan pegawai wanita hamil pulang sejam lebih awal sebaik usia kandungan mencecah 22 minggu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada alasan untuk ketua jabatan atau penyelia mengingkari arahan yang ditetapkan meskipun berdepan kekangan operasi.
“Saya sedar fasiliti kesihatan berdepan pelbagai cabaran, namun itu bukan alasan untuk melanggar peraturan. Sama ada jururawat hamil atau pegawai lantikan kontrak termasuk MyStep, semua pihak mesti mematuhi SOP sedia ada,” katanya.
Beliau mengulas laporan sebuah media sebelum ini yang mendakwa terdapat fasiliti kesihatan di Selangor hanya membenarkan kakitangan hamil pulang awal apabila kandungan mencecah 36 minggu.
Dr Dzulkefly berkata, beliau memahami cabaran di lapangan namun menegaskan pematuhan sepenuhnya diperlukan.
“Siapa pun terutama yang mempunyai kuasa sebagai ketua jabatan atau penyelia, sila patuh peraturan dan jangan mengambil langkah bertentangan dengan pekeliling,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Inisiatif Cancer Care Closer to Community antara KKM dan Roche Malaysia di sini, hari ini.
Pekeliling berkenaan menetapkan kemudahan pulang awal satu jam diberikan kepada pegawai awam wanita yang mengandung 22 minggu ke atas.
Berita berkaitan
August 25, 2025, 9:05 pm
Dihalang ke luar negara, mahkamah benarkan suri rumah saman Ketua Pengarah Imigresen, kerajaan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:26 pm
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco
August 25, 2025, 5:14 pm
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 5:00 pm
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad
August 25, 2025, 4:46 pm
Mydin terus komited bantu rakyat, sasar 200,000 Kotak Sara Rahmah untuk golongan memerlukan
August 25, 2025, 4:18 pm