Berita Berita
Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di Simpang Pulai

IPOH 25 Ogos – Seorang pemandu jengkaut berusia 60 tahun maut selepas tertimbus runtuhan tanah ketika menjalankan kerja pengorekan di tapak projek di Keramat Pulai, Simpang Pulai, pada Isnin.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.52 petang sebelum sepasukan enam anggota bomba dari Balai Simpang Pulai digerakkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, didapati sebahagian tanah telah menimbus ruangan pemandu jengkaut dan mangsa tersepit. Bantuan jengkaut lain digunakan untuk mengalihkan timbunan tanah. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan KKM,” katanya dalam kenyataan.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat jam 3.20 petang. - Media Telus
Berita berkaitan
August 25, 2025, 9:05 pm
Dihalang ke luar negara, mahkamah benarkan suri rumah saman Ketua Pengarah Imigresen, kerajaan
August 25, 2025, 8:40 pm
Budak autistik hilang sejak semalam ditemui selamat di tebing sungai 200 meter dari rumah
August 25, 2025, 5:43 pm
Keji! Datuk rogol cucu tiri hingga lahir bayi – dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
August 25, 2025, 5:26 pm
Gempa bumi Segamat tidak jejaskan jambatan, jejantas dan empangan – Exco
August 25, 2025, 5:07 pm
Jalur Gemilang terbalik: Akmal perli DAP, cabar turun betulkan sendiri
August 25, 2025, 5:00 pm
Subsidi bersasar RON95: kriteria belum dimuktamad, kerajaan teliti mekanisme MyKad
August 25, 2025, 4:46 pm
Mydin terus komited bantu rakyat, sasar 200,000 Kotak Sara Rahmah untuk golongan memerlukan
August 25, 2025, 4:18 pm