Berita Hiburan
'Saya okay saja, nanti pakai kaki palsulah' - Kaki Sathiya mungkin dipotong akibat jangkitan kuman
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Pelawak veteran, Sathiya atau nama sebenarnya Sathia Periasamy, 61, bakal dimasukkan semula ke Hospital Ampang esok bagi menjalani pemeriksaan lanjut terhadap kaki kirinya yang dijangkiti kuman.
Menurut beliau, doktor akan melakukan pemeriksaan terperinci dan sekiranya keadaan semakin serius, kaki berkenaan mungkin terpaksa dipotong sehingga paras buku lali.
“Esok pagi saya akan ke hospital. Doktor akan ‘double check’ keadaan kaki saya dan beritahu keputusannya.
“Sekiranya teruk, kaki saya akan dipotong dalam minggu ini. Tapi kita tunggu esoklah apa kata doktor kerana doktor nak periksa lagi. Saya okey saja terima keputusan doktor. Kalau dah potong kaki, pakai kaki palsu lah. Apa boleh buat demi kesihatan saya,” katanya kepada Harian Metro.
Sathiya sebelum ini sudah menjalani pembedahan pemotongan tiga jari kaki kiri awal Ogos lalu akibat jangkitan kuman berpunca daripada penyakit diabetes.
Walaupun berdepan risiko kehilangan kaki, pelakon sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu era 1990-an itu tetap bersemangat untuk meneruskan kerjaya lakonan.
“Kalau boleh bekerja, saya bekerja. Berlakon hanya pakai mulut saja. Duduk pun boleh berlakon. Sebelum ini pun saya dah berlakon,” katanya.
Malam tadi, Sathiya menerima sumbangan berjumlah RM3,000 hasil penganjuran Kejohanan Golf Amal PEKEMA 2025 di Palm Garden Golf Club, Putrajaya. Sumbangan itu disampaikan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez bersama wakil Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Ahmad Azmi Noordin, di kediamannya.
Difahamkan, Sathiya sudah beberapa tahun menghidap diabetes serta darah tinggi.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
