Berita Hiburan
Filem Gayong ditayangkan semula versi ‘Director’s Cut’ sempena Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 dan Hari Malaysia, filem Gayong bakal kembali ke pawagam dalam versi istimewa ‘director’s cut’ bermula 28 Ogos hingga 17 September ini.
Tayangan semula itu merupakan inisiatif SOL Pictures Sdn. Bhd. bersama pengedar Empire Film Solution dengan kerjasama TGV Cinemas bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan kemerdekaan.
Penerbit Eksekutif, Khairul Anuar Latip, berkata langkah itu memberi peluang kepada penonton yang terlepas menonton filem tersebut sebelum ini, selain mengangkat mesej perjuangan, perpaduan dan jati diri.
“Ketika ditayangkan sebelum ini, Gayong mendapat sambutan menggalakkan, namun masih ramai yang belum sempat menontonnya. Kami percaya tayangan semula ini tepat masanya kerana tema filem ini selari dengan semangat kemerdekaan dan Hari Malaysia,” katanya.
Filem arahan Faisal Ishak itu diinspirasikan daripada kisah pengasas Silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR). Ia dibarisi pelakon popular seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan aktor aksi antarabangsa Yayan Ruhian.
Untuk tayangan kali ini, penonton akan disajikan dengan beberapa pembaharuan termasuk gabungan ‘director’s cut’ serta rakaman eksklusif behind the scenes. Turut dimuatkan ialah klip babak awal filem Gayong 2 yang dijangka menemui penonton tahun depan.
Khairul menambah, harga tiket juga ditetapkan pada kadar berpatutan iaitu RM10 sahaja di semua pawagam TGV seluruh negara.
Beliau turut menggalakkan institusi kerajaan, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat umum tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama menonton filem tersebut.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian, walk-in di pawagam, atau tempahan berkumpulan melalui semua platform media sosial rasmi @filemgayongrasmi. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
