Berita Sukan
Richard Chin sertai skuad Harimau Malaya, Wan Kuzain dalam senarai bersedia
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pemain kelahiran England, Richard Chin menjadi antara muka baharu yang dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula 1 September ini.
Pemain berusia 22 tahun yang kini beraksi bersama Raith Rovers FC di Liga Scotland itu turut ditemani tiga lagi muka baharu iaitu Sergio Aguero (Kanchanaburi Power), Mohd Suhaimi Husin (Terengganu) dan Azam Azmi Murad (Terengganu).
Secara keseluruhan, Cklamovski mengekalkan 25 pemain daripada skuad yang menewaskan Vietnam pada aksi Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 sebelum ini.
Dalam pada itu, seorang lagi pemain warisan, Wan Kuzain Wan Kamal yang beraksi bersama St Louis City di Amerika Syarikat, disenaraikan sebagai pemain bersedia bersama 14 lagi nama lain sekiranya berlaku perubahan pada senarai utama.
Skuad kebangsaan akan menjalani latihan pusat di Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 September sebagai persiapan menghadapi dua aksi antarabangsa Tier 1.
Malaysia dijadual menentang Singapura, pasukan ranking ke-159 dunia pada 4 September di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum menyambung latihan di Johor Bahru bermula 5 September.
Seterusnya, Harimau Malaya bakal berdepan cabaran lebih getir menentang Palestin, pasukan ranking ke-98 dunia, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 8 September 2025. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
