Berita Sukan
Impian kejuaraan dunia musnah, beregu lelaki negara tersingkir di suku akhir
PARIS 31 Ogos - Hasrat Malaysia untuk menyaksikan beregu lelaki negara mencipta kejutan di Kejohanan Badminton Dunia tidak kesampaian apabila dua wakil utama negara terkandas di peringkat suku akhir, awal pagi semalam.
Gandingan ranking No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, gagal mengatasi pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (No. 9 dunia) apabila tunduk straight set 12-21, 19-21 dalam pertarungan 43 minit.
Sementara itu, beregu No. 7 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, memberi tentangan sengit kepada pasangan No. 1 dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan, sebelum akur tewas 21-23, 23-21, 15-21 selepas aksi satu jam sembilan minit.
Wei Chong mengakui ketidakkonsistenan dan pukulan tidak kemas menjadi punca kekalahan mereka.
“Set pertama kami turun naik. Kami mendahului, tetapi lawan berjaya mengejar. Walaupun dapat mata akhir, kami gagal menamatkan permainan. Dalam set ketiga, kami cuba memperlahankan rentak, namun ia tidak menjadi,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan mereka tidak bermain di bawah tekanan biarpun menentang beregu No. 1 dunia.
“Kami cuba berikan yang terbaik untuk memburu pingat buat Malaysia. Kekalahan ini satu pengajaran dan kami akan perbaiki kelemahan selepas ini,” ujarnya. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
