Berita Sukan
Hadiah buat Malaysia, Tang Jie-Ee Wei rangkul kejuaraan dunia pertama
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Dunia di Paris, sekali gus menghadiahkan kegembiraan berganda kepada seluruh rakyat Malaysia bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, hari ini.
Kejayaan itu bukan sahaja gelaran dunia pertama dalam karier mereka, malah menobatkan mereka sebagai pasangan campuran pertama negara yang bergelar juara dunia.
Dalam aksi final yang berlangsung di Adidas Arena, Paris, gandingan negara itu tampil cemerlang menundukkan beregu nombor dua dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China, dengan kemenangan straight set 21-15, 21-14 dalam tempoh 39 minit.
Set pertama menyaksikan Tang Jie-Ee Wei bermula garang dengan serangan bertenaga dan pertahanan kukuh sehingga memerangkap lawan, sekali gus memastikan mata penamat berpihak kepada mereka.
Zhen Bang-Ya Xin cuba bangkit pada set kedua dengan memperkemas rentak permainan dan cuba memaksa perlawanan ke rubber set.
Namun, beregu negara yang kini menduduki ranking keempat dunia mengekalkan momentum hingga menutup perlawanan dengan mata kejuaraan 21-14.
Kemenangan itu sekali gus merapatkan rekod pertemuan kepada 2-3, dengan kali terakhir wakil Malaysia menewaskan pasangan China itu pada Masters Orleans, Julai 2023.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam acara campuran Kejohanan Dunia adalah pada edisi 2006 di Madrid apabila gandingan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty membawa pulang gangsa.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
