Berita Sukan
Pemain badminton negara terima ganjaran tambahan selepas kejayaan di Paris
SEPANG 2 Sept. – Kejayaan cemerlang pemain badminton negara pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis bakal dihargai kerajaan melalui pemberian ganjaran di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang muncul juara dunia akan menerima insentif sebanyak RM20,000, manakala beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah selaku naib juara dunia akan menerima RM10,000.
“Bagi ganjaran SHAKAM, pingat emas menerima RM20,000 iaitu RM10,000 seorang, manakala pingat perak menerima RM5,000 seorang.
“Saya juga telah berbincang dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk memberi insentif tambahan. Beliau akan membuat pengumuman selepas pulang dari China,” katanya ketika menyambut kepulangan pemain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Menurut Hannah, pencapaian beregu campuran dan beregu wanita negara ini turut membuktikan keberkesanan program Road to Gold (RTG) yang dilaksanakan kerajaan.
“Ini adalah satu kejayaan besar untuk RTG kerana pelaburan yang dibuat sudah mula membuahkan hasil,” ujarnya. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
