Berita Sukan
KDA FC diperintah bayar lebih RM353,000 kepada bekas pemain import, Sony Norde
ALOR SETAR 2 Sept. - Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Darulaman Football Club Sdn Bhd membayar RM353,426.50 kepada bekas pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde, susulan tunggakan gaji dan yuran pendaftaran yang gagal dijelaskan kepadanya.
Keputusan itu dibuat pada Selasa selepas mahkamah mendapati kelab berkenaan tidak melunaskan gaji selama tujuh bulan kepada pemain berasal dari Haiti itu, selain gagal membayar yuran pendaftaran ketika beliau menyertai pasukan Hijau Kuning pada musim Liga Super 2024.
Peguam Sony, Elfie Nieshaen, berkata pihaknya akan meneruskan pelaksanaan kehakiman sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan mahkamah.
“Mahkamah turut membenarkan tuntutan Sony untuk memperoleh faedah sebanyak 10 peratus daripada jumlah tunggakan, selain tambahan lima peratus yang dijanjikan oleh pihak kelab kepadanya.
“Kes ini difailkan susulan keputusan yang dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), namun tiada maklum balas dokumentasi daripada pihak KDA FC. Aduan rasmi telah dibuat kepada FIFA pada Januari lalu dan akhirnya kes ini dibawa ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Bagaimanapun, keputusan tersebut hanya melibatkan Darulaman Football Club selaku entiti pengurusan kelab, manakala keputusan terhadap pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang dinamakan sebagai defendan kedua akan didengar pada 6 Oktober depan.
Sony, yang pernah beraksi bersama Terengganu FC, menyertai KDA FC bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan, namun kariernya bersama Hijau Kuning tidak berjalan lancar apabila kelab berdepan krisis kewangan serius sehingga terpaksa turun ke Liga A1 Semi-Pro musim ini. - Media Telus
Berita berkaitan
January 16, 2026, 10:57 am
Pan-gon akui Selangor FC perlu kejar standard JDT demi Liga-M lebih kompetitif
January 10, 2026, 10:41 pm
Tengku Zafrul dedah BAM belanja RM55 juta setahun, rancang ketelusan kontrak pemain
January 6, 2026, 10:58 am
JDT akui prestasi belum terbaik tanpa Arif Aiman
January 3, 2026, 4:32 pm
Arif Aiman ranking keempat dunia statistik gelecekan, satu-satunya wakil Asia
December 24, 2025, 5:05 pm
FAM buat laporan polis dakwaan pemalsuan dokumen pemain warisan
December 19, 2025, 7:54 pm
Malaysia cipta rekod baharu 221 pingat Sukan SEA di luar Kuala Lumpur
December 18, 2025, 11:18 pm
Sukan SEA: Kabaddi lelaki lakar sejarah raih emas sulung
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
