Berita Hiburan
Hujan persembahkan lagu rasmi Harimau Malaya ‘Demi Lencana Di Dada’
KUALA LUMPUR 4 Sept. – Semangat Harimau Malaya kini diperkasa dengan pelancaran lagu rasmi baharu, “Demi Lencana Di Dada”, hasil kerjasama antara Warner Music Malaysia (WMM) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Lagu yang dinyanyikan kumpulan Hujan itu dijangka menyuntik semangat patriotik dan kebersamaan bukan sahaja kepada pemain, malah seluruh penyokong bola sepak negara.
Vokalis Hujan, Noh Salleh, berkata mereka mula mengusahakan projek ini sejak Februari 2025 bagi memastikan kualiti muzik, lirik dan mesej benar-benar mampu menyentuh jiwa.
“Kami rasa sangat berbesar hati bila diberi peluang menyanyikan lagu rasmi Harimau Malaya. Ia bukan sekadar lagu, tetapi satu semangat yang menyatukan seluruh negara di belakang pasukan kebanggaan kita,” katanya.
Lagu tersebut diperdengarkan buat kali pertama pada 4 September di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Perlawanan Persahabatan Malaysia menentang Singapura, sebelum dimainkan sekali lagi pada aksi Malaysia menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 8 September 2025.
Menurut Noh, cabaran terbesar dalam menghasilkan karya ini adalah memastikan setiap lirik dan melodi benar-benar membakar semangat perjuangan Harimau Malaya.
“Lagu ini adalah simbol pengorbanan dan harapan. Kami mahu pastikan ia memberi inspirasi sama ada kepada pemain di padang mahupun penyokong di rumah,” ujarnya.
Demi Lencana Di Dada boleh distrim di semua platform penstriman mulai 5 September, manakala video lirik rasmi akan ditayangkan di saluran YouTube Warner Music Malaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
