Berita Sukan
Berdepan masalah rumah tangga, Harimau Malaya hantar Faisal Halim pulang
KUALA LUMPUR 7 Sept – Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim tidak akan diturunkan dalam aksi persahabatan antarabangsa tier 1 menentang Palestin, Isnin ini, berikutan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya serta kecederaan ringan pada bahagian lutut.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, berkata keputusan itu dibuat selepas menilai situasi terbaik buat pemain Selangor itu.
“Kami telah memutuskan bahawa Mickey (Faisal) tidak akan bersama dalam sesi latihan menentang Palestin ini. Pada masa ini beliau mempunyai situasi peribadi dalam kehidupannya dan kami hormati.
“Selain itu, terdapat sedikit kecederaan kecil di bahagian lututnya, tetapi sebenarnya ia tidak menjejaskan prestasi dia dalam bola sepak. Namun, mengambil kira keadaan itu, keputusan tepat adalah untuk merehatkannya,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.
Bagaimanapun, Cklamovski memuji sikap profesional serta komitmen tinggi yang ditunjukkan Faisal sepanjang kem latihan dan siri perlawanan persahabatan antarabangsa.
“Dia sentiasa mempersiapkan diri serta memberi tumpuan dalam perkembangannya baik di dalam mahupun luar padang. Saya yakin persiapannya tidak terjejas kerana dia seorang pemain bola sepak profesional, dia adalah inspirasi kepada pemain-pemain lain.
“Sebagai pengendali skuad kebangsaan, kami memberi sokongan 100 peratus kepadanya dan akan terus berbuat demikian,” jelasnya.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
