Berita Hiburan
Fattah bikin kejutan, sahkan bakal nikahi Amira 14 September ini
KUALA LUMPUR 8 Sept - Teka-teki mengenai hubungan istimewa antara aktor Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman akhirnya berakhir apabila kedua-duanya mengumumkan bakal berkahwin pada 14 September ini.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.
Ketika Amira, 32, yang juga pemilik nama penuh Nadia Amira Othman bersama Irfan sedang membuat persembahan, suasana dewan bertukar meriah apabila bintang filem Pendekar Awang itu tiba-tiba muncul dari belakang dewan menuju ke pentas.
Di penghujung persembahan, Irfan menyerahkan simbolik ‘kunci’ kepada Fattah sebelum aktor itu mengambil alih mikrofon untuk mengumumkan secara rasmi mengenai hubungan mereka.
Selepas meluahkan hasratnya, Fattah menyerahkan kembali simbolik ‘kunci’ kepada Amira sebagai tanda ikatan baharu yang dimeterai secara rasmi.
Acara penuh emosi itu turut disaksikan ibu bapa Amira iaitu Othman Abdul Kadir, 62, dan Nora Arshad, 58, sebelum pasangan berkenaan beredar sebaik selesai majlis.
Pasangan itu dijadual diijabkabulkan di sebuah hotel di Johor Bahru pada 14 September ini, bertepatan dengan tarikh lahir Fattah.
Sebelum ini, media sosial kecoh dengan khabar angin kononnya Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat selepas seorang pengguna Threads mendedahkan perkara itu.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 sebelum disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
