Berita Sukan
Harimau Malaya tamat penantian 23 tahun, tewaskan Palestin hasil jaringan Joao Figueiredo
ISKANDAR PUTERI 9 Sept. – Skuad Harimau Malaya akhirnya menamatkan penantian panjang 23 tahun untuk menewaskan Palestin selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan penyerang berdarah warisan, Joao Figueiredo, seawal minit kedua menerusi hantaran lintang Quentin Cheng yang disudahkan kemas menewaskan penjaga gol Palestin, Rami Hamada.
Beraksi di hadapan lebih 5,000 penonton, jaringan pantas itu memberi tonik terbaik buat skuad kendalian Peter Cklamovski untuk menguasai permainan dan terus memberi tekanan ke atas kubu Palestin yang kelihatan terganggu rentak selepas dibolosi awal.
Bersambung babak kedua, Malaysia mengekalkan dominasi di bahagian tengah dengan beberapa percubaan berbahaya termasuk rembatan Arif Aiman pada minit ke-55 yang sedikit tersasar. Namun, keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat.
Kemenangan ini bukan sekadar kejayaan persahabatan, tetapi penuh bermakna kerana ia mengakhiri rekod tanpa kemenangan Harimau Malaya menentang Palestin sejak kali terakhir berjaya pada 2001, sekaligus menamatkan penantian lebih dua dekad. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
