Berita Sukan
Jurulatih Palestin akui keampuhan Malaysia, enggan jadikan kecederaan alasan kekalahan
JOHOR BAHRU 9 Sept – Ketua jurulatih Palestin, Ihab Abujazar menegaskan kekalahan 0-1 kepada skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi bukan berpunca daripada ketiadaan beberapa tonggak utama.
Katanya, meskipun beberapa pemain seperti Musab Al Battat, Assad Al Hamlawi, Mohammed Saleh, Ameed Mahajna, Ameed Sawafta dan Agustin Manzur masih dibelenggu kecederaan, situasi itu tidak menjejaskan persiapan pasukan secara keseluruhan.
“Tanpa mereka, persediaan kami tetap berjalan lancar kerana mereka juga sudah tidak beraksi dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Apa pun, tahniah kepada Malaysia yang semakin menunjukkan peningkatan dan kini muncul antara pasukan yang kuat,” katanya.
Ihab turut menolak tanggapan bahawa kehadiran pemain warisan serta naturalisasi dalam skuad Harimau Malaya memberi kelebihan tidak adil, sebaliknya menganggap ia sebahagian daripada perkembangan bola sepak moden.
“Semua pemain Malaysia yang beraksi malam tadi adalah pemain Malaysia sebenar. Mereka bermain dengan baik sepanjang perlawanan,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau tetap memuji barisan pemainnya yang mampu memberikan tekanan hebat pada 20 minit terakhir perlawanan, walaupun gagal memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol penyamaan. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
