Berita Ekonomi
Komited perkukuh sistem kewangan Islam di tahap antarabangsa, Anwar terima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025
KUALA LUMPUR, 11 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai penerima Global Islamic Finance Leadership Award (GIFA) 2025, mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperkukuh sistem kewangan Islam di peringkat antarabangsa.
Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Pengerusi GIFA 2025, Prof Humayon Dar dalam satu majlis gilang-gemilang yang turut dihadiri pemimpin, tokoh industri dan ahli akademik.
Dalam ucapannya, Anwar menegaskan penghargaan tersebut bukan semata-mata untuk dirinya, sebaliknya untuk seluruh barisan penggerak di sebalik tabir yang telah bekerja keras memastikan kewangan Islam terus berkembang di Malaysia dan dunia.
“Saya percaya penghargaan ini kepada mereka semua dan saya hanya satu wakil kecil menerima kepada semua penggerak yang berjasa berkhidmat jauh lebih handal dan bermakna daripada apa yang saya lakukan,” katanya selepas menerima anugerah itu.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada penggerak, pengasas dan rakan-rakan yang membina asas kukuh kewangan Islam negara sehingga berjaya melakar kerangka perbankan yang segar dan inklusif.
Namun beliau mengingatkan, di sebalik penghormatan ini, cabaran besar menanti untuk mengangkat kewangan Islam agar benar-benar menepati kerangka Maqasid Shariah yang menekankan keadilan, keseimbangan dan pemerataan peluang.
“Kewangan Islam tidak sepatutnya dilihat hanya sebagai pilihan sampingan, tetapi sebagai satu sistem penuh harapan dengan instrumen yang lebih lengkap, menyeluruh dan mampan. Inilah masa untuk membuktikan bahawa kewangan Islam bukan sekadar alternatif, tetapi masa depan yang lebih adil dan terangkum untuk semua,” katanya.
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:29 pm
Keuntungan bersih Maybank naik 4.2 peratus kepada RM10.51 bilion pada TK2025
February 19, 2026, 2:21 pm
Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026
February 19, 2026, 12:18 pm
KWSP tambah pegangan Sunway susulan tawaran ambil alih IJM bernilai RM11b
February 12, 2026, 10:30 am
Hijrah Selangor perkukuh kerjasama dengan TERAJU, perkasa masa depan usahawan ke peringkat lebih tinggi
December 18, 2025, 12:12 pm
Ringgit kukuh ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar AS
December 17, 2025, 1:25 pm
Perodua lancar traz SUV baharu, sasaran jualan 1,900 unit sebulan
December 1, 2025, 11:32 am
Perodua perkenal EV pertama QV-E berharga RM80,000
November 18, 2025, 5:45 pm
Saga Serba Baharu cipta fenomena, satu tempahan diterima setiap 43 saat
November 17, 2025, 11:45 am
Pendapatan pelaburan KWSP melonjak RM63.99 bilion dalam sembilan bulan
November 14, 2025, 5:03 pm
