Berita Politik
'PAS yakin akan jadi PM, tapi fokus tumbangkan kerajaan dulu' - Ketua Dewan Ulamak
KOTA SARANG SEMUT 12 Sept – PAS menegaskan fokus utama parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah memastikan kemenangan, bukannya menamakan siapa calon Perdana Menteri ke-11.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya berkata, walaupun terdapat keyakinan bahawa pemimpin PAS akan menduduki jawatan nombor satu negara apabila tiba masanya, keutamaan kini adalah menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).
“Pada kita PAS ini mudah, fokus utama ialah kita menang pilihan raya. Jadi untuk itu, kita kena pastikan jentera pilihan raya, pastikan gerak kerja kita terbaik, tumbangkan dulu kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional ini.
“Maka selepas itu akan ditentukan orang yang layak. Lebih-lebih lagi jawatan Perdana Menteri ini mesti mendapat perkenan daripada Agong.
“Saya mudah dalam kepimpinan negara ini, pandangan saya ialah sampai masa PAS akan menjadi Perdana Menteri. Jadi, sampai masa, akan ada orang yang ditentukan sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pada Muktamar Dewan Pemuda PAS di sini, malam tadi.
Beliau menjelaskan situasi itu dapat dilihat melalui pengalaman parti di peringkat negeri, apabila PAS tidak pernah menamakan calon Menteri Besar di negeri yang dikuasainya, namun pemimpin parti tetap dipilih untuk jawatan berkenaan.
Mengulas mengenai tindakan BERSATU yang menamakan calon Perdana Menteri ke-11 pada Persidangan Agung Tahunannya, Sabtu lalu, Ahmad berkata perkara itu adalah hak parti berkenaan.
“Apa yang kita faham itu adalah PAT (Perhimpunan Agung Tahunan) BERSATU. Jadi, ahli dan kepimpinan BERSATU ada hak sebab itu mesyuarat dia untuk membuat usul dan membuka pandangan terhadap masa depan negara.
“Cuma dalam konteks Perikatan Nasional (PN), sudah tentu keputusan mesti dibuat bersama. Tapi untuk parti masing-masing, macam PAS juga, kita pun ada hak dalam muktamar untuk kemukakan apa-apa usul. Kalau GERAKAN, mungkin dia ada pandangan dia pula,” katanya.
Berita berkaitan
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
PH muktamad tidak bekerjasama dengan BN bagi PRN Melaka
September 24, 2026, 9:52 am
Notis pembatalan RoS: PAS teguh berdiri bersama parti komponen pertahan PN
September 23, 2026, 8:45 pm
PN terima notis tunjuk sebab pembatalan pendaftaran daripada RoS
September 23, 2026, 8:41 pm
