Berita Sukan
PBSNT panggil penganjur Liga DUN Terengganu susulan insiden kekecohan penyokong
KUALA TERENGGANU 12 Sept – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan memanggil pihak penganjur Liga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berhubung insiden kekecohan melibatkan penyokong semasa perlawanan Tanjung Sabtu FC menentang Paya Datu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Rabu lalu.
Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya menunggu laporan penuh daripada penganjur memandangkan kejohanan itu bukan di bawah kelolaan persatuan berkenaan.
“Walaupun ia bukan anjuran PBSNT, kita akan tetap memanggil pihak penganjur untuk membentangkan laporan terperinci sebelum tindakan sewajarnya diambil.
“Pada masa sama, semua penganjur dinasihatkan memperkasakan SOP perlawanan serta memperketat kawalan keselamatan di pintu masuk stadium,” katanya ketika dihubungi, Jumaat.
Menurutnya lagi, insiden berkenaan sepatutnya turut dilaporkan kepada polis agar siasatan dapat dijalankan sekali gus mengelakkan keganasan di tempat awam.
Terdahulu, aksi perlawanan berkenaan dihentikan pada minit ke-82 selepas segelintir penyokong bertindak membaling mercun dan menyalakan suar di stadium, menyebabkan pengadil serta pemain terpaksa meninggalkan padang.
Rakaman insiden berdurasi 21 saat itu kemudiannya tular di media sosial sejak Khamis. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
