Berita Hiburan
Penerbit mohon Abu Si Raksasa tidak dibandingkan dengan filem berbajet besar
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Baru sehari ditayangkan di pawagam, filem ‘Kaiju’ pertama di Malaysia, Abu Si Raksasa terbitan M Toons Media Sdn. Bhd menerima pelbagai maklum balas daripada penonton.
Penerbitnya, Zamin Fakry berkata, pihaknya mengakui ada kekurangan dalam filem berkenaan, namun pihak produksi telah membuat sedaya upaya dengan bajet yang telah disediakan.
“Kami memohon keadilan dalam penilaian. Janganlah dibandingkan mutu filem ini yang bajet keseluruhannya hanyalah sekitar RM2 juta dengan filem mega yang kosnya RM20 juta.
“Apatah lagi dengan Abu Si Raksasa dengan filem Hollywood yang sudah tentunya menelan kos ratusan juta dolar,” ujarnya.
Filem bergenre fiksyen itu mengisahkan tentang seekor cicak salamander yang berubah menjadi seekor raksasa, kesan daripada pencemaran bahan toksik di sebuah tasik.
Diarahkan oleh Ramdan Che Hassan, ia menampilkan Sophia Albarakbah selaku teraju utama selain turut dibintangi Jaa Suzuran, Afieq Syazwan, Zalif Sidek, Azhar Sulaiman dan Datin Maria Farida.
Biarpun baru sehari ditayangkan, filem berkenaan mendapat kecaman segelintir pihak, terutama berkaitan dengan penggunaan teknik Imej Janaan Komputer (CGI).
Dalam pada itu, Zamin berkata, dengan penerbitan filem berkenaan juga akan menjadi titik tolak kepada kepelbagaian genre yang ada di pawagam.
“Kami sedar ramai yang meletakkan harapan tinggi terhadap filem ini. Dengan segala kemampuan dan tenaga yang ada, kami cuba menghasilkan sebuah naskhah yang terbaik.
“Kami tidak mendakwa ini sebuah karya hebat, tetapi pada kami, yang penting ialah kita bermula. Bermula untuk mencuba sesuatu yang baru dalam industri kita, genre yang jarang disentuh di tanah air,” ujarnya.
Pada masa, Zamin berharap agar semua filem ini akan diterima baik dan mendapat sokongan terutama sekali pada musim cuti sekolah. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
