Berita Politik
Tuan Ibrahim anggap dirinya bukan calon sesuai PM, serah peluang kepimpinan pada tokoh lain
YAN 13 Sept – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menolak cadangan Dewan Pemuda Pas yang mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN), sebaliknya menegaskan parti itu mempunyai ramai tokoh lain yang lebih layak untuk diberi peluang menerajui negara.
“Ramai lagi calon lain. Dalam Pas, ramai tokoh yang hebat-hebat, jauh lebih hebat daripada saya. Mereka ini sebenarnya kalau diberi peluang, insya-ALLAH rakyat akan nampak kejayaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen As Sabiqun Pas Pusat di Guar Chempedak, hari ini.
Beliau turut memberi contoh kejayaan tokoh Pas yang diberi kepercayaan sebelum ini, antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Sebelum ini, Sanusi bukanlah tokoh yang dikenali dalam konteks politik Malaysia. Dia dulu Setiausaha Politik Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (bekas Menteri Besar Kedah), tapi bila kita letak (Sanusi) sebagai Menteri Besar, tengoklah bagaimana pencapaiannya. Sama juga dengan Dr Samsuri, siapa kenal dia sebelum ini? Tapi bila diberi peluang, kita nampak dia berjaya,” katanya.
Tuan Ibrahim menegaskan, beliau lebih selesa melihat tokoh lain dalam parti ditonjolkan terlebih dahulu.
“Tokoh lainlah, bukan saya. Profesional pun ada, pelbagai bidang pun ada. Dalam Pas, ramai tokoh hebat. Pemuda Pas saja bergurau, nanti kita bincang semula dengan mereka,” katanya.
Semalam, Ketua Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden mencadangkan Tuan Ibrahim sebagai calon utama Perdana Menteri PN sekiranya gabungan itu diberi mandat memimpin negara.
Afnan menyifatkan Tuan Ibrahim sebagai tokoh berpengalaman dan berkeupayaan untuk menerajui negara, selain turut menyenaraikan beberapa nama lain daripada Pas yang dilihat berpotensi termasuk Muhammad Sanusi, Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad serta Ahmad Samsuri.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
