Berita Politik
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
SEREMBAN 25 JULAI - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) tidak seharusnya dijadikan modal kempen politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan tidak sepatutnya menunggu sehingga musim pilihan raya untuk mendedahkannya kepada umum.
Malah katanya, UMNO adalah antara pihak paling awal mendesak supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan persepsi negatif yang ketika itu menyelubungi institusi berkenaan.
“Kalau laporan (RCI TH) itu sudah siap, kenapa hanya waktu PRN Negeri Sembilan baru diuarkan-uarkan?
“Kalau nak keluarkan, keluarkan sekarang dan jangan tunggu lagi. Kenapa sekarang baru nak hebohkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti (PPWK) MARA 2026 peringkat Rasah di sini, hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata, kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan TH dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, alasan kononnya laporan itu ditangguhkan bagi menjaga kepentingan UMNO seperti didakwa Presiden Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Datuk Seri Rafizi Ramli, tidak pernah berbangkit.
“Kita (UMNO) yang mendesak RCI diwujudkan kerana terlalu banyak fitnah dan tohmahan kononnya Tabung Haji rugi dan wang pendeposit diseleweng.
“Tabung Haji ialah institusi yang amat dekat di hati umat Islam sebab itu kita mahu semua dakwaan disiasat supaya rakyat mengetahui perkara sebenar.
“Kalau benar ada individu yang didapati menyakau (mencuri) seperti disebut Perdana Menteri, ambillah tindakan. Jangan hanya bermain dengan sentimen sehingga mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat, akhirnya orang (rakyat) akan melihat perkara ini sekadar modal politik murahan,” katanya.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
