Berita Politik
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
TAMPIN 26 JULAI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, belum ada perbincangan diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU).
Beliau berpandangan Anwar akan mengambil kira tarikh tamat penggal Parlimen untuk mengadakan PRU sekiranya geopolitik negara berubah.
“Pada hemat saya, jika geopolitik berubah, tentunya tarikh tamat tempoh penggal Parlimen itu akan diambil kira oleh Perdana Menteri selaku Ketua Majlis kepada Parlimen untuk mengadakan rundingan dengan kami.
“Bagaimanapun, ia tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersetujui sama ada pembubaran itu boleh dilakukan lebih awal atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hari ini.
Kerajaan Perpaduan mempunyai 18 parti dengan sekurang-kurangnya lima gabungan politik.
Semalam, Menteri Luar yang juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, menjangkakan PRU diadakan lebih awal, selain mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau.
Mohamad dilaporkan berkata, ada kemungkinan Parlimen dibubar seawal hujung tahun ini sekiranya Perdana Menteri berasa keadaan sesuai untuk berbuat demikian.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
