Berita Politik
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
RANTAU 25 JULAI - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal, malah mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU kelak.
Beliau berkata, terdapat kemungkinan Parlimen dibubarkan seawal hujung tahun ini sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat keadaan semasa sesuai untuk mengadakan pilihan raya.
Bagaimanapun, katanya, tempoh hayat Parlimen masih boleh berlanjutan sehingga pertengahan tahun depan.
“Besar kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan hujung tahun. Kalau Perdana Menteri rasa tak sedap hati, dia akan bubarkan Parlimen dan jangkaan saya paling lama pun Parlimen ini masih ada sehingga pertengahan tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Perjumpaan bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Sawah di Rantau, di sini, hari ini.
Mohamad berkata, pengurusan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini perlu diberi perhatian kerana ia menjadi persediaan penting menghadapi PRU akan datang.
“Jadi minta saya pastikan kita urus baik-baik. Pilihan raya negeri ini menjadi sebagai eksperimen kepada kita untuk kita terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU akan datang.
“Ini Parlimen saya akan beritahu tuan-tuan awal-awal lagi, saya akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau,” katanya.
Menurutnya, masih banyak perkara perlu dilakukan bagi memastikan negara terus kukuh, stabil dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
