Berita Politik
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
KUALA PILAH 25 JULAI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini sebagai tawaran yang praktikal serta mampu dilaksanakan berdasarkan asas yang telah dibangunkan sebelum ini.
Pengerusi BN itu berkata manifesto berkenaan adalah kesinambungan kepada pelbagai program yang dirancang sebelum ini, namun tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya berikutan gabungan itu tidak memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.
"Manifestonya cukup baik. Tok Mat selaku Pengerusi BN Negeri Sembilan telah menggariskan hala tuju yang merupakan kesinambungan kepada program yang lalu, dan kerana selama dua minggu ia telah terganggu dan tergendala.
“Hasrat saya, siapa pun yang akan mengetuai Negeri Sembilan harus mengambil kira apa yang dihamparkan oleh beliau dalam manifesto Barisan Nasional,” kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Salam Agrikomoditi MADANI di Dataran Melang, di sini, hari ini.
Tambah beliau, BN sebelum ini telah meletakkan asas yang kukuh, namun pelaksanaan program berkenaan tidak dapat diteruskan selepas parti itu tidak memperoleh kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Ahmad Zahid berkata sekiranya BN kembali diberi mandat oleh rakyat Negeri Sembilan, tawaran dalam manifesto tersebut akan dilaksanakan sebagai kesinambungan kepada program yang telah dirancang.
“Saya fikir tawaran daripada manifesto BN itu adalah praktikal dan terbaik kerana asasnya telah ada dan sesuatu yang boleh dilaksanakan.
“Saya yakin Negeri Sembilan akan mencapai pertumbuhan ekonomi berada di atas daripada purata pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.
Semalam, BN mengumumkan 88 usaha berpandukan sembilan teras utama sebagai manifesto sempena PRN Negeri Sembilan ke-16.
Manifesto tersebut turut merangkumi 15 inisiatif Skim Salam Sejahtera serta penubuhan Unit Penyelarasan Pemantauan Pelaksanaan Manifesto sekiranya gabungan itu diberi mandat membentuk Kerajaan Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan.
Manifesto bertemakan “Hebatkan Semula Negeri Sembilan, Kestabilan Dibina, Negeri Dijaga, Rakyat Dibela, Kemakmuran Dicipta” itu diumumkan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Mohamad, manifesto yang dibentangkan bagi PRN16 kali ini bukan sekadar himpunan janji politik, sebaliknya komitmen yang realistik dan mampu dilaksanakan.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 12:18 pm
PAU 2026: Sumbangan masa lalu tak cukup, UMNO perlu raih kepercayaan rakyat
September 10, 2026, 12:09 pm
PAU 2026: Kemenangan di Johor, Negeri Sembilan bukan untuk mendabik dada - Noraini
September 10, 2026, 11:48 am
PAU 2026: Puteri UMNO berhasrat jadi jambatan penyatuan Melayu
September 10, 2026, 11:36 am
PAU 2026: Puteri UMNO desak wanita muda diberi ruang memimpin, buat keputusan
September 8, 2026, 10:23 am
Penyatuan PAS, UMNO boleh dicapai jika ada kompromi agihan kerusi PRU16
September 7, 2026, 10:27 am
Fadhli Shaari persoal tindakan PH buat laporan polis berhubung isu dakwaan campur tangan AS
September 6, 2026, 9:58 pm
Ab Rauf diberi mandat pilih rakan boleh beri kemenangan PRN Melaka
September 6, 2026, 3:33 pm
BN komited pastikan kestabilan negara, Zahid tiada masalah dengan Anwar
September 6, 2026, 3:30 pm
Tiada keperluan bubar Parlimen selagi PM Anwar ada sokongan majoriti - DAP
September 5, 2026, 7:46 pm
