Berita Sukan
Cristiano Ronaldo dinobat pemain terbaik sepanjang zaman
Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan berprestij apabila Liga Bola Sepak Portugal menganugerahkannya gelaran Best of All Time.
Kapten Portugal itu kini bergelar penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki dengan rekod 141 gol daripada 223 penampilan, menambah lagi koleksi anugerah individu dalam karier gemilangnya.
“Idola kepada jutaan peminat, beliau mendefinisikan satu era dan meninggalkan kesan yang tidak akan terpadam dalam sejarah bola sepak dunia. CR7 diberi penghormatan dengan anugerah Best of All Time, satu pengiktirafan selepas persembahan cukup gemilang dalam kerjayanya.
“Dikenali kerana etika kerja, daya saing dan ketepatan dalam detik-detik penting, pengaruh Cristiano Ronaldo jauh melangkaui angka statistik. Antara rekod individu, kejuaraan berpasukan serta pengaruh di media, beliau membina legasi yang meletakkannya sebagai yang terbaik sepanjang zaman,” tulis Liga Portugal.
Ronaldo, pemenang lima kali Ballon d’Or, tidak dapat hadir ke majlis yang berlangsung di Porto namun menghantar rakaman video sebagai tanda penghargaan.
“Saya ingin berterima kasih kepada Liga atas anugerah pemain terbaik sepanjang zaman ini. Seperti yang anda boleh bayangkan, ia satu penghormatan besar bagi negara saya. Saya mahu ucap terima kasih kepada semua rakan sepasukan, jurulatih serta semua yang telah membantu saya menjadi lebih baik,” kata penyerang Al Nassr itu.
Awal minggu ini, Ronaldo turut menyamai rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Kelayakan Piala Dunia selepas menjaringkan gol penalti ketika Portugal menewaskan Hungary 3-2. Ia merupakan gol ke-39 beliau dalam saingan kelayakan, menyamai rekod milik Carlos Ruiz dari Guatemala.
Berita berkaitan
April 23, 2026, 5:19 pm
Harga tiket Final Piala Malaysia kekal, serendah RM50
April 14, 2026, 2:23 pm
Kerajaan peruntuk RM3 juta perkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara
March 31, 2026, 11:56 am
Gaji tidak dibayar, legenda import bola sepak Kedah terpaksa mengemis di sosial media
March 25, 2026, 7:21 pm
JDT diundi laluan sukar, berpotensi bertemu juara bertahan
March 25, 2026, 9:36 am
AFC denda JDT RM24,172
March 19, 2026, 11:19 am
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
March 18, 2026, 9:45 am
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
March 13, 2026, 10:21 am
JDT raih kira-kira RM8.5 juta selepas mara suku akhir ACLE
March 9, 2026, 10:25 am
