Berita Hiburan
Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz
SEPANG 14 Sept – Pelakon popular, Fattah Amin, sah bergelar suami kepada penyanyi, Amira Othman, 32, selepas selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah di Golden Palm Tree Malaysia, di sini, malam Ahad.
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan selebriti itu sah bergelar suami isteri tepat jam 9.08 malam, dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.
Pada majlis penuh sederhana namun meriah itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pengantin perempuan, manakala mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas.
Majlis turut dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat serta kenalan industri hiburan. Kehadiran Nur Fatima Aisya, puteri kesayangan Fattah, turut mencuri perhatian apabila setia menemani bapanya sepanjang majlis berlangsung.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
