Berita Sukan
Kinoshi mahu Selangor FC tiru ketahanan Liverpool hadapi jadual padat
SHAH ALAM 15 Sept – Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mahu anak buahnya mencontohi ketahanan mental dan fizikal kelab gergasi England, Liverpool, dalam usaha menghadapi jadual padat yang bakal dilalui pasukan itu.
Menurutnya, The Red Giants dijadualkan mengharungi empat perlawanan penting dalam tempoh hanya 10 hari, merangkumi saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), Kejohanan Kelab ASEAN dan Liga Super.
“Semua orang tahu betapa sukarnya untuk mengekalkan tahap prestasi apabila terpaksa beraksi dalam empat perlawanan dalam masa singkat. Jadi, fokus utama kami adalah memastikan setiap pemain berada dalam kondisi terbaik. Ini merupakan ujian besar buat Selangor,” katanya dalam sidang media selepas aksi Pusingan 16 Piala FA menentang Malaysia Universiti.
Kinoshi berkata, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini antara pasukan paling sibuk di Malaysia musim ini, sekali gus menuntut ketahanan luar biasa daripada barisan pemain.
“Kalau kita lihat di Eropah, Liverpool misalnya juga berdepan tujuh perlawanan dalam tempoh singkat. Bezanya, mereka mempunyai skuad lebih besar, manakala Selangor hanya memiliki 25 pemain. Jadi, cabaran utama adalah bagaimana kami menguruskan perkara ini dengan sebaik mungkin,” ujarnya.
Selepas mencatat kemenangan besar ke atas Malaysia Universiti, Selangor akan berdepan Bangkok United dalam aksi ACL2 di laman sendiri pada Khamis ini. Pasukan itu kemudian akan terbang ke Sarawak untuk menentang Kuching City FC dalam aksi Liga Super, sebelum melayan kunjungan Tampines Rovers dari Singapura pada 24 September dalam Kejohanan Kelab ASEAN. - Media Telus
Berita berkaitan
April 23, 2026, 5:19 pm
Harga tiket Final Piala Malaysia kekal, serendah RM50
April 14, 2026, 2:23 pm
Kerajaan peruntuk RM3 juta perkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara
March 31, 2026, 11:56 am
Gaji tidak dibayar, legenda import bola sepak Kedah terpaksa mengemis di sosial media
March 25, 2026, 7:21 pm
JDT diundi laluan sukar, berpotensi bertemu juara bertahan
March 25, 2026, 9:36 am
AFC denda JDT RM24,172
March 19, 2026, 11:19 am
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
March 18, 2026, 9:45 am
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
March 13, 2026, 10:21 am
JDT raih kira-kira RM8.5 juta selepas mara suku akhir ACLE
March 9, 2026, 10:25 am
