Berita Hiburan
Fattah Amin pilih gelaran ‘isteri syurga’ buat Amira Othman
SEPANG 15 Sept. – Penuh romantis, pelakon terkenal Fattah Amin, 35, mendedahkan panggilan istimewa yang diberikan kepada isteri tercinta, Amira Othman, 32, adalah “isteri syurga”.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin berkata demikian ketika disoal pengacara, Awal Ashaari dan Sissy Imann selepas majlis akad nikah pasangan itu di sini, malam tadi.
“Saya segan tapi saya dah ‘practice’ dan suka untuk panggil dia isteri syurga. Insya-Allah, kata-kata itu semua doa,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah turut meluahkan rasa syukur apabila sah bergelar suami kepada Amira dengan sekali lafaz pada jam 9.08 malam.
“Alhamdulillah, termakbul (nikah) hari ini. Cuma, tadi perasaan saya memang gementar,” ujarnya.
Sementara itu, Amira mengakui tidak pernah menyangka dirinya akhirnya bergelar isteri.
“Memang tak terfikir dan tak terlintas langsung (kini bergelar isteri). Tapi Allah yang Maha Mengetahui. Allah dah susun semua ini. Jadi, saya bersyukur dan alhamdulillah semuanya sudah tertulis cantik,” katanya.
Pada majlis pernikahan tersebut, Amira menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin selain lima dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dibalas tujuh dulang hantaran oleh pengantin perempuan.
Majlis akad nikah pasangan itu turut disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 saluran Inspirasi dalam program Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
