Berita Sukan
Munoz mahu JDT tampil garang menentang Buriram United
BANGKOK 16 Sept. – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menegaskan barisan pemainnya perlu beraksi pada tahap maksimum bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Buriram United di Stadium Chang Arena, Thailand malam ini.
Jurulatih dari Sepanyol itu menjangkakan aksi sengit menanti Harimau Selatan, namun yakin persiapan rapi dan momentum kemenangan dalam saingan domestik mampu memberi kelebihan kepada pasukan.
“Ini adalah penampilan sulung saya di pentas Asia. Perlawanan ini sangat penting kerana ia bakal menentukan hala tuju JDT dalam kejohanan. Saya menuntut semua pemain memberikan lebih daripada kebiasaan mereka,” katanya.
Munoz mengakui bakal memanfaatkan sepenuhnya khidmat pemain import bagi memperkukuh cabaran skuad kendaliannya, sambil menegaskan kesemua tonggak kini berada pada tahap terbaik.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu, Buriram United menewaskan JDT 1-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim pada Mac lalu, sekali gus menafikan kemaraan Harimau Selatan ke suku akhir. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
