TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemuda maut motosikal langgar serpihan tayar lori di Kluang

By
|
Kongsi
image

 

KLUANG 16 Sept – Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas motosikal ditungganginya melanggar serpihan tayar lori di Kilometer 50.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada jam 8.15 malam ketika mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC dari Johor Bahru menuju ke Batu Pahat.

“Siasatan awal mendapati motosikal terbabit terlanggar serpihan tayar lori di lorong kiri menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas. Penunggang mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222 atau hotline 07-7766822. 

 

+ - reset