Berita Berita
Halal Malaysia jadi rujukan dunia, lebih 10 organisasi antarabangsa tunggu giliran audit

KUALA LUMPUR 16 Sept - Lebih 10 organisasi antarabangsa kini dalam proses audit untuk mendapatkan pengiktirafan halal Malaysia, langkah yang bakal memperkukuh lagi reputasi negara sebagai peneraju piawaian halal di peringkat global.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, permohonan itu membabitkan beberapa negara termasuk China, Rusia serta beberapa negara Balkan.
Menurutnya, keterbukaan Malaysia berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pensijilan halal menjadi faktor utama mengapa piawaian negara ini diiktiraf tinggi oleh industri dan pengguna antarabangsa.
“Pensijilan halal Malaysia bukan hanya dinilai dari segi kualiti produk, tetapi lebih penting ialah tahap kepercayaan yang sangat tinggi berbanding negara lain,” katanya ketika ditemui pada Halal Certification Bodies Convention (HCBC) ke-15, salah satu program utama Global Halal Summit (GHaS) 2025 di sini, hari ini.
Setakat Ogos lalu, sebanyak 93 badan pensijilan halal di 48 negara telah diiktiraf Malaysia, meningkat 33 badan berbanding sebelumnya.
Sirajuddin menegaskan, pencapaian itu mencerminkan usaha berterusan Malaysia membina kerjasama halal global dan memperkukuh komuniti halal antarabangsa.
“Integriti dan keseragaman piawaian halal amat penting bukan sahaja untuk umat Islam, malah masyarakat bukan Islam di seluruh dunia. HCBC pula menjadi platform utama untuk badan pensijilan berkongsi perkembangan terkini termasuk aspek kompetensi auditor teknikal dan syariah,” katanya.
Beliau turut menjelaskan konvensyen ini memberi peluang badan pensijilan luar negara bertemu secara langsung dengan JAKIM, selain menimba ilmu melalui Technical Capacity Development Program yang ditawarkan.
“Setiap tahun mereka menantikan konvensyen ini. Ia penting kerana pengguna sentiasa mahu tahu tahap kompetensi badan pensijilan luar negara yang diiktiraf Malaysia,” jelasnya.
GHaS 2025 berlangsung selama 11 hari bermula 16 hingga 26 September, menghimpunkan lebih 50 negara dengan pelbagai program utama termasuk International Halal Technical Capacity Development Programme (IHTCDP), Global Halal Talk (GHT), World Halal Business Conference (WHBC), Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) serta Malaysia International Halal Research and Education Conference (MHIREC) 2025.
Dengan penyertaan ratusan badan pensijilan antarabangsa, acara berprestij ini sekali lagi menegaskan kedudukan Malaysia sebagai pusat rujukan utama industri halal dunia.
Berita berkaitan
September 16, 2025, 4:32 pm
Penunggang motosikal maut selepas diseret 40 meter dalam nahas di Bera
September 16, 2025, 4:27 pm
Amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri hingga 6 petang
September 16, 2025, 4:22 pm
Tiga lelaki ditahan di Mersing, bunuh, sumbat bangkai harimau belang dalam but kereta
September 16, 2025, 4:21 pm
PAS yakin Muslimat mampu isi jawatan utama termasuk TPM
September 16, 2025, 4:11 pm
UPSI serah RM420,000 kepada waris pelajar terlibat nahas bas Gerik
September 16, 2025, 3:59 pm
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama susulan warga kota pulang dari cuti
September 16, 2025, 2:18 pm
Pemuda maut motosikal langgar serpihan tayar lori di Kluang
September 16, 2025, 1:15 pm
Sabah salur bantuan ihsan RM1,000 ringan beban keluarga terjejas banjir, tanah runtuh
September 16, 2025, 11:45 am