Berita Berita
Air Selangor nafi pintu empangan loji dibuka lewat punca banjir di Hulu Langat

KUALA LUMPUR 16 Sept – Air Selangor menafikan dakwaan bahawa pintu empangan di Loji Sungai Langat dibuka lewat sehingga menyebabkan banjir kerap berlaku di sekitar daerah Hulu Langat.
Menurut syarikat itu, operasi pintu empangan sentiasa dikawal rapi serta dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Untuk makluman, pihak Loji Sungai Langat telah membuka pintu air pada waktunya. Tiada kelewatan semasa melaksanakan perkara tersebut.
“Sehubungan itu, dakwaan pengguna adalah tidak benar kerana pihak loji mempunyai prosedur serta pemantauan ketat dalam pengoperasian gate tersebut,” kata jurucakap Air Selangor ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.
Air Selangor menegaskan, setiap tindakan pembukaan pintu air dilakukan dengan mengambil kira faktor keselamatan penduduk serta paras semasa sungai berkenaan.
Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan kebimbangan penduduk Hulu Langat yang mendakwa kejadian banjir di kawasan itu semakin kerap berlaku sejak 10 tahun kebelakangan ini, berbeza dengan keadaan sebelum ini yang jarang menjejaskan kehidupan mereka.
Ada penduduk mendakwa kelewatan membuka pintu empangan menjadi punca paras air naik mendadak di kawasan tertentu termasuk Kampung Sungai Serai.
Berita berkaitan
September 16, 2025, 2:18 pm
Pemuda maut motosikal langgar serpihan tayar lori di Kluang
September 16, 2025, 1:15 pm
Sabah salur bantuan ihsan RM1,000 ringan beban keluarga terjejas banjir, tanah runtuh
September 16, 2025, 11:05 am
'Nak keluar untung tapi akaun disekat' - Wanita rugi lebih RM5 juta ditipu skim pelaburan kripto palsu
September 16, 2025, 10:47 am
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara
September 16, 2025, 10:36 am
Pengawal keselamatan maut diserang di Semenyih, polis tahan 5 lelaki bantu siasatan
September 16, 2025, 10:36 am
Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar
September 16, 2025, 10:30 am
Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka
September 16, 2025, 10:25 am
PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY
September 16, 2025, 10:15 am