Berita Berita
Tiga lelaki ditahan di Mersing, bunuh, sumbat bangkai harimau belang dalam but kereta

MERSING 16 Sept - Tiga lelaki ditahan selepas pihak berkuasa menemui bangkai seekor harimau belang dipercayai diburu secara haram di dalam sebuah kereta Perodua Alza di Felda Tenggaroh, pagi tadi.
Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), SAC Rosli Md Yusof berkata, operasi bersepadu bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor itu digerakkan hasil maklumat awam.
"Pemeriksaan menemukan seekor harimau belang mati (Panthera Tigris Jacksoni) selain beberapa barangan lain yang turut dirampas. Kehilangannya akibat kerakusan manusia ialah pengkhianatan kepada warisan bangsa," katanya dalam kenyataan.
Beliau menegaskan risikan FRU akan terus digerakkan bagi membanteras pemburuan haram tanpa kompromi demi kelestarian alam.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut merampas bangkai harimau, sebuah kereta, serta empat telefon bimbit dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM294,007.
Siasatan awal mendapati haiwan berkenaan mengalami kecederaan akibat jerat selain enam kesan tembakan di kepala yang dipercayai menjadi punca kematian.
Kesemua suspek berusia 28 hingga 49 tahun ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 70 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar tanpa permit khas.
Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.
Berita berkaitan
September 16, 2025, 4:32 pm
Penunggang motosikal maut selepas diseret 40 meter dalam nahas di Bera
September 16, 2025, 4:27 pm
Amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri hingga 6 petang
September 16, 2025, 4:21 pm
PAS yakin Muslimat mampu isi jawatan utama termasuk TPM
September 16, 2025, 4:11 pm
UPSI serah RM420,000 kepada waris pelajar terlibat nahas bas Gerik
September 16, 2025, 3:59 pm
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama susulan warga kota pulang dari cuti
September 16, 2025, 3:50 pm
Halal Malaysia jadi rujukan dunia, lebih 10 organisasi antarabangsa tunggu giliran audit
September 16, 2025, 2:18 pm
Pemuda maut motosikal langgar serpihan tayar lori di Kluang
September 16, 2025, 1:15 pm