Berita Berita
Sabah salur bantuan ihsan RM1,000 ringan beban keluarga terjejas banjir, tanah runtuh

KOTA KINABALU 16 Sept - Kerajaan Sabah menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan krisis banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa daerah di negeri ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bantuan khas kematian berjumlah RM10,000 turut diberikan kepada waris mangsa yang terkorban.
“BWI disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA). Manakala bakul makanan juga akan diagihkan kepada semua keluarga terjejas,” katanya.
Menurut JPBN, usaha menyelamat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan masih giat dijalankan, selain pemantauan rapi terhadap laluan utama yang terjejas
Jabatan Kerja Raya (JKR) turut ditugaskan menilai kerosakan dan menyediakan langkah pemulihan, termasuk pemasangan jambatan sementara ‘Bailey Bridge’.
Kerjasama erat turut terjalin dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menyalurkan dana serta sokongan logistik tambahan.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turun padang meninjau mangsa yang ditempatkan di PPS Penampang dan Putatan, selain melawat lokasi tanah runtuh di Jalan Tun Fuad Stephens berhadapan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
“Saya bersama JPBN melihat sendiri keadaan di lapangan bagi memastikan semua mangsa menerima bantuan sewajarnya. Kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan akan segera menyalurkan bantuan dalam tempoh sehari dua ini. Yayasan Kebajikan Negeri juga akan turut membantu,” katanya.
Hajiji turut merakam penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan NADMA yang menyalurkan peruntukan tambahan RM10 juta kepada Sabah, selain RM11 juta dana awal daripada kerajaan negeri untuk menangani bencana berkenaan.
Berita berkaitan
September 16, 2025, 2:18 pm
Pemuda maut motosikal langgar serpihan tayar lori di Kluang
September 16, 2025, 11:45 am
Air Selangor nafi pintu empangan loji dibuka lewat punca banjir di Hulu Langat
September 16, 2025, 11:05 am
'Nak keluar untung tapi akaun disekat' - Wanita rugi lebih RM5 juta ditipu skim pelaburan kripto palsu
September 16, 2025, 10:47 am
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara
September 16, 2025, 10:36 am
Pengawal keselamatan maut diserang di Semenyih, polis tahan 5 lelaki bantu siasatan
September 16, 2025, 10:36 am
Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar
September 16, 2025, 10:30 am
Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka
September 16, 2025, 10:25 am
PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY
September 16, 2025, 10:15 am