Berita Berita
'Wang tunai RM80,000, barang kemas RM50,000 dirampas' - Ibu, anak antara 8 pegawai penguatkuasa dicekup SPRM disyaki terlibat 'counter setting'

KUALA LUMPUR 16 Sept - Seorang ibu bersama anaknya antara lapan pegawai penguat kuasa yang dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Rentas kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, operasi serentak sejak 9 September lalu di empat negeri itu turut membawa kepada rampasan wang tunai kira-kira RM80,000 serta barang kemas bernilai RM50,000 daripada dua beranak terbabit.
Selain itu, pihak berkuasa turut menyita alat telekomunikasi bernilai RM20,000, dua kereta berjumlah RM106,000 dan dua motosikal bernilai RM20,000.
Bagi enam lagi suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita, SPRM merampas wang tunai RM12,000, mata wang asing AS$5,000 serta 2,360 baht, di samping alat telekomunikasi bernilai RM29,000 dan barang kemas mencecah RM200,000.
“SPRM juga membekukan akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM1 juta,” menurut hantaran di TikTok rasmi agensi itu.
Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin berkata, kesemua suspek dipercayai menerima rasuah daripada sindiket bagi memudahkan urusan kemasukan warga asing tanpa mengikut prosedur sah.
Berita berkaitan
September 16, 2025, 4:32 pm
Penunggang motosikal maut selepas diseret 40 meter dalam nahas di Bera
September 16, 2025, 4:27 pm
Amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri hingga 6 petang
September 16, 2025, 4:22 pm
Tiga lelaki ditahan di Mersing, bunuh, sumbat bangkai harimau belang dalam but kereta
September 16, 2025, 4:21 pm
PAS yakin Muslimat mampu isi jawatan utama termasuk TPM
September 16, 2025, 4:11 pm
UPSI serah RM420,000 kepada waris pelajar terlibat nahas bas Gerik
September 16, 2025, 3:59 pm
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama susulan warga kota pulang dari cuti
September 16, 2025, 3:50 pm
Halal Malaysia jadi rujukan dunia, lebih 10 organisasi antarabangsa tunggu giliran audit
September 16, 2025, 2:18 pm
Pemuda maut motosikal langgar serpihan tayar lori di Kluang
September 16, 2025, 1:15 pm