TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat 'influencer' anjur majlis aqiqah ala istana, salah guna lambang diraja

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 16 Sept - Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan sebuah video memaparkan satu keluarga berpakaian serba kuning lengkap dengan tengkolok dalam majlis aqiqah baru-baru ini yang dipercayai menyalahgunakan lambang diraja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain kes itu, USJT turut menyiasat dua lagi kes berasingan membabitkan hantaran berunsur hasutan dan penghinaan di aplikasi TikTok.

“Kes pertama melibatkan akaun @zamanharris82 dipercayai milik bekas penjawat awam yang mengeluarkan komen berunsur hasutan serta penghinaan terhadap kerajaan dan pemimpin negara.

“Kes kedua membabitkan akaun @no.wad yang membuat hantaran mempertikai tindakan kerajaan dalam menangani isu pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru sehingga dikhuatiri mencetuskan permusuhan dalam negara,” katanya dalam kenyataan, Selasa.

Kumar menegaskan, semua kes ini jelas menunjukkan penyalahgunaan media sosial yang boleh menimbulkan kebencian dan perpecahan masyarakat.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas bahawa tindakan tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu terbabit. Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan atau kandungan di media sosial,” katanya.

+ - reset