Berita Berita
Fadhlina selesai tebus bantuan SARA RM100, sumbang semula kepada keluarga memerlukan di Nibong Tebal

NIBONG TEBAL 16 Sept - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meluangkan masa cuti hujung minggu serta Sambutan Hari Malaysia bersama rakyat di kawasannya dengan menemani mereka membeli-belah menggunakan bantuan tunai sekali bayar RM100 Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Beliau berkata, bahagiannya daripada bantuan itu digunakan untuk menyertai kempen #passitforward dengan menyalurkan kepada keluarga yang lebih memerlukan.
“Alhamdulillah, penebusan bantuan tunai ini berjalan dengan sangat lancar, memudahkan rakyat membeli barangan keperluan mereka. Saya pantau sendiri keseluruhan proses dari mula hingga akhir. Rasa puas dapat melihat ikhtiar Kerajaan Madani dinikmati seluruh rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Fadhlina, inisiatif Penghargaan SARA boleh ditebus di lebih 7,300 premis runcit berdaftar seluruh negara sehingga hujung tahun ini, justeru rakyat disaran memanfaatkannya untuk membeli keperluan asas.
“Gunakan peluang ini sebaiknya untuk meringankan beban kewangan keluarga. Penghargaan SARA adalah manifestasi reformasi kewangan awam kepada rakyat sejagat.
"Sesungguhnya Kerajaan Madani tidak pernah berhenti berikhtiar untuk mengangkat darjat hidup rakyat,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
September 17, 2025, 12:04 am
Enam daerah di Sabah diisytihar darurat, jumlah mangsa banjir, tanah runtuh lebih 2,500 orang
September 16, 2025, 11:37 pm
Mujur tersangkut pada pokok, 12 pelancong Malaysia cedera van terjunam dalam gaung di Chennai
September 16, 2025, 9:29 pm
Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk hidupkan kegiatan Pendekar Madani
September 16, 2025, 8:24 pm
Polis siasat 'influencer' anjur majlis aqiqah ala istana, salah guna lambang diraja
September 16, 2025, 4:32 pm
Penunggang motosikal maut selepas diseret 40 meter dalam nahas di Bera
September 16, 2025, 4:27 pm
Amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri hingga 6 petang
September 16, 2025, 4:22 pm
Tiga lelaki ditahan di Mersing, bunuh, sumbat bangkai harimau belang dalam but kereta
September 16, 2025, 4:21 pm