Berita Berita
Mujur tersangkut pada pokok, 12 pelancong Malaysia cedera van terjunam dalam gaung di Chennai

CHENNAI 16 Sept – Seramai 12 pelancong Malaysia cedera apabila van yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 30 meter berhampiran Vellaiparai di Kodaikanal, India, semalam.
Menurut laporan akhbar tempatan Daily Thanthi, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika kenderaan yang dipandu lelaki tempatan, Vigneshwaran dari Chennai, sedang melalui laluan berbukit Peruthupparai dalam perjalanan dari Palani menuju ke Kodaikanal.
Difahamkan, van terbabit membawa kumpulan pelancong diketuai seorang lelaki dikenali sebagai Bhaskaran, yang tiba di Tamil Nadu beberapa hari lalu untuk lawatan ke destinasi pelancongan dan keagamaan, termasuk kuil Palani Murugan.
Bagaimanapun, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh penghadang besi jalan dan terhumban ke dalam gaung, namun tersangkut pada sebatang pokok lalu mengelakkan ia jatuh lebih jauh.
Saksi di lokasi berkata penumpang sempat menjerit meminta pertolongan ketika van menjunam sebelum orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Kesemua pelancong terbabit dilaporkan mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Kerajaan Kodaikanal untuk rawatan lanjut. – AGENSI
Berita berkaitan
September 17, 2025, 12:04 am
Enam daerah di Sabah diisytihar darurat, jumlah mangsa banjir, tanah runtuh lebih 2,500 orang
September 16, 2025, 11:52 pm
Fadhlina selesai tebus bantuan SARA RM100, sumbang semula kepada keluarga memerlukan di Nibong Tebal
September 16, 2025, 9:29 pm
Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk hidupkan kegiatan Pendekar Madani
September 16, 2025, 8:24 pm
Polis siasat 'influencer' anjur majlis aqiqah ala istana, salah guna lambang diraja
September 16, 2025, 4:32 pm
Penunggang motosikal maut selepas diseret 40 meter dalam nahas di Bera
September 16, 2025, 4:27 pm
Amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri hingga 6 petang
September 16, 2025, 4:22 pm
Tiga lelaki ditahan di Mersing, bunuh, sumbat bangkai harimau belang dalam but kereta
September 16, 2025, 4:21 pm