Berita Sukan
JDT tumbang 1-2 kepada Buriram United dalam aksi pembukaan ACLE
BANGKOK 17 Sept. – Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal membawa pulang tiga mata berharga apabila tewas 1-2 kepada Buriram United dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) di Stadium Chang Arena, malam Selasa.
Permulaan perlawanan berlangsung rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Buriram hampir membuka tirai seawal minit keenam menerusi Guilherme Biscoli, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.
JDT akhirnya menemui sentuhan jaringan pada minit ke-28 apabila pertahanan, Antonio Glauder mudah menolak masuk bola untuk memberikan kelebihan 1-0 kepada skuad Harimau Selatan.
Tersentak dengan jaringan itu, pasukan tuan rumah menggandakan asakan tetapi percubaan mereka kerap dipatahkan benteng pertahanan JDT sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Buriram kembali bangkit apabila Suphanat Muenta menyamakan kedudukan pada minit ke-50 sebelum Robert Zulj menambah gol kedua hanya empat minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Walaupun cuba melancarkan beberapa serangan balas, JDT gagal menambah jaringan sehingga wisel penamat, sekali gus menyaksikan Buriram United mengutip tiga mata pertama dalam kempen kali ini. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
