Berita Dunia
Polis Indonesia mohon Interpol keluarkan notis merah terhadap Riza Chalid
JAKARTA 17 Sept – Polis Indonesia (POLRI) memohon Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) di Lyon, Perancis, mengeluarkan notis merah terhadap ahli perniagaan terkenal, Mohammad Riza Chalid, yang didakwa terlibat dalam kes rasuah pengurusan minyak mentah.
Setiausaha Biro Pusat Nasional (NCB) Interpol Indonesia, Brigedier Jeneral Untung Widyatmoko, berkata Pejabat Peguam Negara (AGO) telah melengkapkan semua syarat untuk permohonan berkenaan minggu lalu.
“Kami segera menyerahkan permohonan notis merah INTERPOL (IRN) terhadap individu yang dimaksudkan (Riza Chalid),” katanya sambil menjelaskan Interpol akan mengeluarkan notis itu selepas penilaian.
AGO menamakan Riza, pemilik PT Orbit Terminal Merak, sebagai suspek dalam kes rasuah berkaitan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan di syarikat tenaga milik negara Pertamina serta Kontraktor Kontrak Kerjasama (KKKS) antara 2018 hingga 2023.
Selain itu, beliau juga berdepan siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.
Riza dimasukkan dalam senarai orang paling dikehendaki AGO sejak 19 Ogos lalu, manakala Menteri Imigresen dan Pemasyarakatan, Agus Andrianto, turut mengesahkan pasportnya sudah dibatalkan.
Menurut Agus, Riza dikesan berada di Malaysia selepas meninggalkan Indonesia pada Februari lalu. – BERNAMA-ANTARA
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:47 am
Iran umum Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas serangan baharu AS
June 10, 2026, 9:44 pm
Kontraktor Colombia didakwa terlibat sokong RSF dalam konflik Sudan - HRW
June 10, 2026, 6:26 pm
Harga runcit petrol RON95, diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 11 hingga 17 Jun 2026
June 5, 2026, 2:48 pm
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
June 4, 2026, 8:56 am
Korban wabak campak di Bangladesh cecah 601 nyawa, lebih 83,000 kes direkodkan
May 18, 2026, 5:19 pm
